Punca Penyakit perkakasan

Lembu sering menelan benda asing kerana ia tidak menggunakan bibir untuk membezakan bahan, dan tidak mengunyah makanan sepenuhnya sebelum menelan. Umumnya, penyakit perkakasan dicetuskan oleh objek-objek logam yang tajam seperti paku atau dawai.[2] Objek berkenaan bergerak ke dalam rumen, kemudian didorong ke dalam retikulum bersama dengan sisa makanan.[3] Ada kalanya, kecutan retikulum dapat mendorong objek melalui bahagian dinding retikulum ke dalam rongga peritoneum, di mana ia menyebabkan keradangan parah. Dalam kes yang jarang berlaku, objek logam menembusi seluruh dinding retikulum lalu dapat menusuki pundi jantung, menyebabkan perikarditis.[1] Mampatan rahim di akhir kebuntingan, regangan semasa bersalin dan meningkat semasa estrus dapat memungkinkan lagi objek untuk menembusi dinding perut atau pundi jantung.